Call us:

60129549454

Blog Details

APA BEZA REN & BROKER?

“KENAPA PERLU CARI PERUNDING HARTANAH (REN), BUKAN BROKER JALANAN?” 🏠🤔

Ramai yang keliru, “Eh, bukan sama ke? Dua-dua pun jual rumah kan?”.

Jawapannya: TIDAK SAMA.

Bila urusan melibatkan ratusan ribu ringgit (duit simpanan seumur hidup anda!), anda perlukan Jaminan Keselamatan dan Profesionalisme. Ini beza kami di Sahartanah dengan broker biasa:

ADA LESEN (RENTAG): Kami berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta (LPPEH). Kami ada nombor pendaftaran (REN) yang sah. Broker? Tiada siapa pantau.

DUIT BOOKING SELAMAT: Duit booking anda masuk ke Akaun Agensi, bukan akaun peribadi ejen. Kalau loan gagal, duit dipulangkan mengikut prosedur undang-undang. Broker? Kalau dia “hilang”, duit pun melayang.

TIADA “MARK-UP” HARGA: Kami terikat dengan Akta 242. Kami jual ikut harga pasaran (Market Value). Broker kadang-kadang “goreng” harga tinggi sebab nak komisen lebih. Kami jaga kebajikan pembeli & penjual.

KONSULTASI PROFESIONAL: Bukan sekadar tunjuk rumah. Kami bantu semak kelayakan loan, urusan peguam (SPA), penilaian hartanah, sampailah kunci di tangan anda.


INGAT: Urusan hartanah adalah pelaburan terbesar dalam hidup anda. Jangan pertaruhkan nasib anda pada yang tidak berlesen.

Broker cuma nak jual rumah, tapi Perunding Hartanah nak selesaikan masalah client & jaga aset mereka secara sah.

Cari yang bertauliah, cari Sahartanah. 🤝

Nak Kenal Siapa Saya Sila Tekan Link Dibawah:👇

Leave Your Comment

Compare Properties
Add properties to compare.