
Oleh: Saharizan Saadon (REN30637)
Pagi tadi, semasa saya merayau di Pasar Tani mencari bekalan serai, halia, dan kunyit hidup, saya terfikir sesuatu yang cukup dekat dengan dunia hartanah. Seringkali bila kita bercakap pasal beli rumah, kita hanya fokus pada jumlah bilik atau reka bentuk syiling. Namun, kita terlepas pandang satu ruang yang sangat penting—Laman.
Sama ada anda memiliki Corner Lot yang luas atau rumah Intermediate dengan baki tanah sekangkang kera, ruang tersebut sebenarnya adalah “aset kesihatan” yang tidak ternilai jika diuruskan dengan betul melalui konsep Edible Garden.
Sebagai seorang Perunding Hartanah, saya sering melihat bagaimana sebuah rumah menjadi lebih “bernyawa” apabila pemiliknya memanfaatkan ruang tanah yang ada. Berikut adalah 3 sebab utama kenapa aktiviti ini sangat disyorkan:
Selepas seharian menguruskan urusan jual beli atau kes-kes teknikal hartanah yang mencabar, pulang ke rumah dan meluangkan masa 15-30 minit menyiram pokok herba adalah satu bentuk terapi. Bau segar serai petai dan tanah basah mampu menurunkan tahap stres dengan efektif.
Berkebun bukan sekadar hobi, ia adalah senaman ringan. Aktiviti mencangkul, membaja, dan membersihkan laman memaksa badan kita mengeluarkan peluh. Ini adalah alternatif terbaik bagi mereka yang sibuk dan tidak sempat ke gimnasium.
Bayangkan anda ingin memasak Masak Lemak Cili Api atau Asam Pedas, dan semua bahan asas seperti kunyit, serai, dan daun kesum tersedia segar di tepi dapur. Bukan sahaja lebih menjimatkan, malah kualiti masakan juga jauh lebih tinggi berbanding bahan yang disimpan lama di dalam peti sejuk.
Di kawasan sekitar Kuantan, Pekan, dan Rompin, terdapat banyak pilihan hartanah yang mempunyai ruang laman yang ideal. Tips saya:
Rumah bukan sekadar tempat berteduh, ia adalah tempat untuk kita membina gaya hidup yang sihat. Jika anda sedang mencari hartanah yang mempunyai potensi laman terbaik untuk dijadikan Edible Garden, saya sedia membantu anda mencari unit yang paling sesuai.
Lihat senarai Listing terbaru di Kuantan di sini.
Nak bincang pasal hartanah yang ada laman cantik atau nak semak koordinat tanah anda? [Klik Sini Untuk WhatsApp Sahar]“
Leave Your Comment