Call us:

60129549454

Blog Details

Jangan Jadi Mangsa! 5 Tanda Korang Tengah Berurusan Dengan Scammer Hartanah

Zaman sekarang, scammer makin bijak. Bukan setakat jual barang online, rumah pun dia berani buat main! Sebelum korang melabur duit beribu-ribu, tolong check 5 benda ni:

1️⃣ Minta Deposit ke Akaun Peribadi – Ini “Red Flag” paling besar! Ejen sah TAKKAN minta duit masuk akaun sendiri. Semua bayaran mesti ke akaun agensi (stakeholder) atau firma peguam. 2. Tiada No. REN/REA – Setiap perunding hartanah mesti ada No. REN (Real Estate Negotiator). Kalau dia bagi alasan macam-macam, lupakan je. 3. Harga “Terlalu” Murah – Rumah semi-D harga RM150k kat tengah bandar Kuantan? Kalau bunyinya terlalu indah untuk jadi kenyataan, biasanya itu memang tipu. 4. Tak Boleh Tengok Rumah (Site Visit) – Scammer selalu bagi alasan tak boleh tunjuk rumah (tengah ada penyewa, kunci hilang, etc) tapi paksa korang bayar booking cepat-cepat. 5. Kad Kuasa Tak Sah – Pastikan kad kuasa (ID Tag) mereka ada logo LPPEH dan warna yang betul (Merah untuk REN).

Sayangi duit simpanan anda. Kalau ragu-ragu dengan mana-mana iklan rumah, boleh tanya saya dulu untuk pengesahan. Saya bantu checkkan.

Klik link ni kalau nak tanya apa-apa:

Leave Your Comment

Compare Properties
Add properties to compare.