Call us:

60129549454

Blog Details

Kisah Puan Rose: Bila Rumah Pusaka Jadi ‘Hutan’ Sebab Urusan Faraid Tergantung.

1. Kenapa Puan Rose Buntu? Puan Rose mewarisi sebuah rumah lot di pinggir Kuantan. Masa arwah ayahnya meninggal 8 tahun lepas, adik-beradik semua sepakat kata, “Tak apa, kita simpan dulu buat kenangan.” Tapi hari ini, kenangan tu dah jadi beban. Rumah dah mula reput, anai-anai dah bersarang, dan paling haru—bil cukai tanah tertunggak beribu ringgit.

2. Perangkap ‘Waris Berlapis’ Masalah jadi besar bila Puan Rose nak mula urus tahun ni. Rupanya, salah seorang abangnya pun dah meninggal dunia tahun lepas.

  • Sekarang, anak-anak abangnya (cucu arwah) automatik jadi waris sah.
  • Daripada 4 orang adik-beradik yang asal, sekarang dah jadi 10 orang waris yang perlu turun tandatangan!
  • Ada yang dah pindah jauh, ada yang susah nak dihubungi. Inilah yang kita panggil Harta Terkuci (Locked Asset).

Jangan ambil remeh bab tukar nama geran. Jom dengar penjelasan padu dari Ustaz Azhar Idrus kenapa kita tak boleh biar nama arwah lama-lama dalam geran.

3. Kerugian Yang Tak Nampak Dek Mata

  • Kos Maintenance: Rumah terbiar 8 tahun, kalau nak reno balik untuk jual atau duduk, kosnya mungkin lebih RM50k!
  • Harga Pasaran: Pembeli akan tekan harga sebab tengok keadaan rumah yang macam “rumah hantu”.
  • Sengketa Adik-Beradik: Bila sorang nak jual, sorang lagi nak simpan, akhirnya rumah jadi hutan.

4. Pesanan SaharTanah.com Jangan tunggu sampai waris jadi berbelas-belas orang baru nak cari Pejabat Tanah. Urus masa waris masih sedikit.

  • Dapatkan nasihat pakar untuk proses turun milik (transmisi).
  • Jangan biarkan harta pusaka jadi liabiliti yang memeningkan kepala anak cucu.

“JANGAN BIARKAN RUMAH PUSAKA JADI BEBAN ANAK CUCU”

Kisah Puan Rose ni sebenarnya berlaku setiap hari di sekeliling kita, terutama di area Kuantan dan Pekan. Kita sangka kita ‘menjaga’ harta arwah dengan membiarkannya, tapi hakikatnya kita sedang membiarkan nilai hartanah tersebut mereput ditelan zaman.

Makin lama anda tangguh, makin ramai Waris Berlapis yang akan muncul. Masa itu, kos guaman makin tinggi, dan nak kumpulkan tandatangan waris mungkin memakan masa bertahun-tahun.

Adakah anda mahu rumah pusaka anda berakhir sebagai ‘hutan’ di tengah bandar?

Saya di SaharTanah.com sedia membantu anda:

  • Semakan Awal: Status geran dan potensi nilai semasa rumah pusaka.
  • Khidmat Nasihat: Langkah demi langkah untuk urusan pembahagian (faraid/pusaka kecil).
  • Solusi Jualan: Jika waris setuju menjual, saya bantu cari pembeli yang serius dengan harga terbaik.

Boleh Ke Urus Sendiri? Kenapa Perlu Peguam Hartanah?”

Ramai yang tanya saya, “Bang Sahar, takkan semua benda kena guna peguam? Mahal tu!”

Jawapannya: Tak semua, tapi peguam adalah ‘pelindung’ hak anda.

Dalam kes Puan Rose, bila waris dah berlapis dan ada yang dah meninggal dunia, proses di Pejabat Tanah (Pusaka Kecil) akan jadi sangat teknikal. Inilah peranan peguam hartanah yang saya sarankan:

  • 1. Carian Rasmi & Dokumen: Peguam akan buat carian rasmi geran (land search) untuk pastikan tiada sekatan atau kaveat tersembunyi yang kita tak tahu.
  • 2. Draft Perjanjian Waris: Jika 10 orang waris setuju nak jual, peguam akan sediakan dokumen hitam putih supaya tiada siapa boleh “pusing” cerita di kemudian hari.
  • 3. Urusan ‘Transmisi’ & Turun Milik: Peguam akan uruskan pendaftaran nama waris ke dalam geran secara sah mengikut perintah mahkamah atau pejabat tanah.
  • 4. Pegang Duit Jualan (Stakeholder): Jika rumah dijual, peguam akan pegang duit jualan dan agihkan kepada semua 10 waris mengikut bahagian masing-masing secara telus. Tak ada isu “abang sulung ambil semua”.

Tips SaharTanah: Jangan cari peguam ‘biasa-biasa’. Cari yang pakar dalam Hartanah & Pusaka supaya urusan anda tak ‘tersangkut’ di tengah jalan.

“Ramai yang buntu tak tahu nak mula kat mana. Video ni terangkan langkah demi langkah macam mana nak urus tuntutan pusaka di Pejabat Tanah (Pusaka Kecil)

Blog

This section provides an overview of the blog, showcasing a variety of articles, insights, and resources to inform and inspire readers.

Leave Your Comment

Compare Properties
Add properties to compare.