
Alhamdulillah, Jumaat yang penuh barakah.
Semalam saya dapat berita gembira. Unit Semi-D Gambang yang dah lama saya pegang ni akhirnya sah BOOKED.
Apa yang menariknya, urusan ni dipermudahkan melalui kerjasama dengan rakan ejen hebat dari ESP yang membawa pembeli. Inilah indahnya industri hartanah bila kita saling bekerjasama untuk mudahkan urusan orang lain.
Jujur saya katakan, pembeli kali ni bukan terus tengok, terus beli. Prosesnya mengambil masa yang sangat lama.
Sebagai ejen, kami faham. Beli rumah ni komitmen besar, mungkin sekali seumur hidup. Kita tak boleh paksa-paksa. Apa yang kami buat hanyalah terus memberi info yang jujur dan bersabar menunggu “lampu hijau” dari mereka.
Kawasan Gambang ni ramai cakap “pasarannya sejuk”. Listing lama pun boleh buat kita rasa goyah. Tapi semalam membuktikan satu perkara: Kuasa Allah tiada siapa yang tahu.
Bila sampai masanya, bila hati pembeli dah tekad, dan bila urusan itu diredhai, segalanya jadi lancar. Dari listing yang dianggap “cold”, akhirnya jadi “sold”.
Kepada pembeli di luar sana, jangan rasa tertekan kalau anda perlukan masa untuk berfikir. Cari ejen yang faham situasi anda, bukan yang sekadar nak kejar komisyen.
Dan kepada pemilik rumah yang listingnya masih belum terjual, teruskan berdoa dan berikhtiar. Setiap rumah itu sudah ada pemiliknya, cuma masanya sahaja yang kita belum tahu.
Tahniah sekali lagi buat pembeli! Semoga urusan seterusnya dipermudahkan Allah.
Bagi anda yang sedang mencari rumah di kawasan Kuantan, Pekan atau Gambang, jemput singgah ke Sahartanah.com. Biar kami bantu uruskan impian anda dengan cara yang paling
Leave Your Comment