
Ramai ejen atau owner hairan, kenapa iklan dah naik berbulan-bulan tapi sorang pun tak WhatsApp. Bila kita tengok gambar… Allahu, pening kepala! Gambar gelap, senget, nampak kain baju gantung kat pintu pulak tu.
Ingat, “Buyer membeli dengan mata dulu, baru dengan poket.”
Ini 5 tips mudah untuk pastikan gambar listing anda nampak “Meleleh” & “Professional”:
1️⃣ CARI CAHAYA (NATURAL LIGHT): Buka semua langsir dan tingkap seluas-luasnya. Cahaya matahari adalah filter terbaik. Jangan tangkap gambar membelakangi cahaya (backlight) nanti rumah nampak gelap macam gua.
2️⃣ SUDUT 90 DARJAH (EYE LEVEL): Jangan ambil gambar dari atas sangat atau bawah sangat. Pastikan garisan dinding nampak tegak (vertical). Kalau gambar senget, pembeli rasa pening macam naik bot!
3️⃣ KEMASKAN “STAGING”: Sebelum snap, alihkan botol kicap atas meja, simpan kain baju dalam almari, dan tutup penutup tandas! Kita nak pembeli bayangkan diri mereka tinggal di situ, bukan bayangkan kain baju orang lain.
4️⃣ AMBIL GAMBAR DARI PENJURU (CORNER): Nak nampak bilik atau ruang tamu tu luas? Jangan snap tegak depan dinding. Ambil dari sudut/penjuru bilik. Teknik ni akan bagi impak “Depth” (kedalaman) pada ruang.
5️⃣ LAP LENSA PHONE ANDA! Ini paling ramai orang lupa. Phone kita masuk poket, kena jari berminyak. Sebelum snap, lap dulu lens tu dengan kain lembut. Hasilnya? Gambar terus nampak HD & Clear!
Di Sahartanah, kami sangat mementingkan kualiti visual untuk setiap unit yang kami pasarkan. Barulah nilai hartanah tu nampak setanding harganya.
Suka tips ni? SHARE pada kawan-kawan ejen atau owner yang tengah nak jual rumah tu! 🚀🏠



“Wahai sahabatku ejen hartanah… Sesungguhnya pembeli itu melihat iklanmu melalui mata. Jika gambarmu kabur sesuram masa depan, maka akan tertutuplah pintu hati pembeli untuk bertanya. Kemaskanlah bilik itu, laplah lensa phonemu, tegakkanlah sudut gambarmu… sebelum listingmu terkubur sepi di dalam grup COA tanpa sebarang lead.”
Leave Your Comment