
Pendahuluan Kawasan koridor Kuantan sehingga ke Gebeng kini bukan lagi sekadar kawasan industri biasa. Ia sedang bertukar menjadi hub ekonomi utama di Pantai Timur. Bagi pelabur dan pembeli hartanah, persoalannya bukan lagi “bila nak beli”, tapi “di mana nak beli” sebelum harga melambung tinggi.
Projek ECRL adalah nadi utama perubahan ini. Dengan kemajuan fizikal yang sangat pesat, jarak perjalanan Kuantan ke Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa sekitar 90 minit bakal mengubah landskap demografi. Kita akan melihat peningkatan permintaan untuk kediaman sewa dan homestay bagi tenaga kerja profesional yang berulang alik.
Kawasan Perindustrian Gebeng dan hub gas di Kerteh sentiasa menjadi magnet kepada pelaburan asing. Golongan ekspatriat dan tenaga kerja mahir sentiasa memerlukan kediaman yang berkualiti di kawasan sekitar seperti Balok, Sungai Karang, dan Beserah. Ini adalah peluang keemasan untuk menjana rental yield yang stabil.
Satu lagi berita besar ialah cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di Gebeng (seluas kira-kira 5,000 hektar). Projek ini dirancang untuk menjadi hub kargo dan pusat penyelenggaraan pesawat (MRO) utama. Jika ia direalisasikan, nilai hartanah di radius 10-20km dari sini bakal melonjak mendadak sebagaimana impak KLIA ke atas kawasan Sepang dan Nilai satu ketika dahulu.
Sebagai perunding hartanah, saya harus berterus terang. Memandangkan projek lapangan terbang ini masih di peringkat perancangan awal dan pengambilan tanah, kita juga harus mengambil kira faktor dinamik politik negara menuju PRU-16 nanti. Sebarang perubahan pentadbiran mungkin akan memberi kesan kepada tempoh pelaksanaan projek mega.
Namun, kekuatan ekonomi Kuantan tidak hanya bergantung pada satu projek. Dengan status bandaraya, pelabuhan yang aktif, dan ECRL yang sudah hampir siap, asas hartanah di sini tetap utuh dan sangat rendah risiko untuk jangka masa panjang.
Kesimpulan Jangan tunggu sehingga semua projek siap baru hendak bermula, kerana pada waktu itu harga mungkin sudah di luar kemampuan. Kuantan adalah masa depan Pantai Timur.
Nak tahu unit mana yang paling berbaloi untuk pelaburan atau duduk sendiri? Hubungi Sahar sekarang untuk konsultasi percuma dan semakan kelayakan pinjaman!
This section provides an overview of the blog, showcasing a variety of articles, insights, and resources to inform and inspire readers.

Capital Appreciation (CA): Kenapa Ada Rumah Naik Harga Lebih Cepat? Oleh Saharizan Saadon (REN 30637)…
Market Value ialah istilah penilaian yang rasmi.Market Demand pula bukan “nilai” kedua yang berdiri sama…

Oleh Saharizan Saadon (REN 30637) Pernah Dengar Ayat Ini? Bayangkan pembeli sudah membayar booking, pinjaman…
Leave Your Comment