
Statistik terbaru amat mengejutkan. Dianggarkan hampir RM90 BILION jumlah harta beku dan tidak dituntut di Malaysia sehingga tahun lalu. Apa yang lebih membimbangkan, laporan media (seperti Utusan & Berita Harian) mendedahkan bahawa 90 peratus daripada jumlah tersebut adalah milik orang Melayu/Islam.
Sebagai perunding hartanah (REN), saya melihat angka ini bukan sekadar statistik, tetapi satu “isyarat merah” terhadap sikap sambil lewa dan kurangnya ilmu prosedur dalam masyarakat kita.
Ramai waris hanya fokus kepada “siapa dapat berapa” mengikut hukum Faraid. Itu betul, tapi itu baru permulaan. Masalah besar bermula bila waris mula membuat keputusan sendiri atau “Ikut Kromok” tanpa merujuk kepada pihak berkuasa.
Harta pusaka bukan sekadar “pacak rumah” atau “bahagi lisan” atas kertas kedai kopi. Ia memerlukan proses perundangan yang sah di:
Ini punca utama kenapa RM90 Bilion itu tersangkut. Bila urusan Turun Milik ditangguh-tangguh, kita akan berdepan dengan:
Harta yang tidak diurus dengan prosedur yang betul akhirnya akan menjadi “beban” kepada anak cucu. Jangan biarkan harta yang sepatutnya menjadi modal pusingan ekonomi keluarga, akhirnya menjadi punca utama putus silaturahim hanya kerana kita malas nak celik prosedur hari ini.
Jangan biarkan harta keluarga anda tergolong dalam statistik RM90 Bilion yang membeku itu. Uruskan hari ini demi masa depan ukhuwah keluarga anda.
Saya telah ringkaskan 3 perkara wajib settle sebelum isu pusaka keluarga menjadi parah dalam perkongsian saya di sini:
👉 [BACA: 3 Perkara Wajib Settle Sebelum Adik-Beradik Balik Bandar]
https://www.sahartanah.com/sembang-pusaka-sambil-makan-rendang-ini-3-perkara-wajib-settle-sebelum-adik-beradik-balik-bandar/: RM90 Bilion Harta Umat Islam Membeku: Jangan Biarkan Pusaka Keluarga Jadi Statistik ‘Ikut Kromok’!📌 Rujukan Rasmi
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembahagian harta pusaka kecil, pembaca boleh merujuk kepada sumber rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG):
👉 Panduan Pembahagian Harta Pusaka Kecil – JKPTG
👉 Soalan Lazim Harta Pusaka Kecil – JKPTG
Sumber rasmi JKPTG menerangkan proses pembahagian pusaka kecil, pihak yang boleh membuat permohonan serta kaedah permohonan secara dalam talian.
This section provides an overview of the blog, showcasing a variety of articles, insights, and resources to inform and inspire readers.
Dalam urusan sewaan rumah, ada satu perkara yang saya belajar daripada pengalaman: Kadang-kadang bukan rumah…
“Rumah RM500,000, dapat cashback RM115,000!” Bagi ramai pembeli, angka seperti ini memang sangat menarik. Bayangkan…
Apa itu real estate? Secara mudah, real estate merujuk kepada tanah dan segala sesuatu yang…
1 Comments
[…] pusaka, kita sebenarnya sedang bercakap tentang lebih daripada sekadar sebuah rumah. Ia melibatkan harta orang Islam, hak waris dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan baik supaya tidak menjadi punca […]
Leave Your Comment