
Ramai bakal pembeli rumah tidak sedar bahawa simpanan KWSP boleh membantu mengurangkan beban wang pendahuluan ketika membeli rumah.
Dahulu ramai mengenalinya sebagai pengeluaran Akaun 2 KWSP. Namun selepas penstrukturan akaun KWSP, pengeluaran perumahan kini menggunakan simpanan dalam Akaun Sejahtera.
Pengeluaran ini boleh digunakan untuk pembelian rumah daripada pemaju, rumah subsale daripada individu, atau unit lelong yang memenuhi syarat KWSP.
Secara asasnya, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat berikut:
Antara jenis kediaman yang diterima termasuk rumah teres, semi-D, banglo, apartment, kondominium, apartmen servis, townhouse, SOHO dan rumah kedai yang mempunyai unit kediaman.
Bagi pembelian rumah menggunakan pinjaman bank atau LPPSA, antara dokumen penting ialah:
Pastikan tarikh SPA tidak melebihi tiga tahun daripada tarikh permohonan kepada KWSP.
Untuk pembelian rumah menggunakan pinjaman perumahan, kiraannya ialah:
(Harga rumah – jumlah pinjaman) + 10% harga rumah
Atau jumlah simpanan dalam Akaun Sejahtera, mengikut mana yang lebih rendah.
Harga rumah: RM250,000
Jumlah loan diluluskan: RM225,000
Perbezaan harga rumah dengan loan: RM25,000
Tambahan 10% harga rumah: RM25,000
Jumlah maksimum yang layak dikira ialah RM50,000.
Namun, jika baki Akaun Sejahtera pembeli hanya RM18,000, jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada baki tersebut iaitu RM18,000 sahaja.
Langkah 1: Semak kelayakan pinjaman
Sebelum memilih rumah, semak dahulu kemampuan dan kelayakan loan dengan bank atau LPPSA.
Langkah 2: Tandatangan SPA
Apabila rumah telah dipilih dan persetujuan dicapai, pembeli akan menandatangani Perjanjian Jual Beli.
Langkah 3: Lengkapkan dokumen
Sediakan SPA, surat loan, dokumen bank dan dokumen tambahan yang diperlukan.
Langkah 4: Buat permohonan KWSP
Permohonan boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau secara manual di pejabat KWSP bagi kes tertentu. Pembelian SOHO perlu dibuat secara manual di pejabat KWSP.
Langkah 5: Tunggu semakan dan kelulusan
KWSP akan menyemak dokumen serta kelayakan sebelum bayaran dibuat mengikut kaedah yang ditetapkan.
Pengeluaran KWSP memang boleh membantu menyediakan wang pendahuluan dan mengurangkan tekanan modal awal membeli rumah. Namun, pembeli masih perlu melihat kemampuan sebenar untuk membayar ansuran bulanan, kos guaman, perlindungan MRTA atau MRTT, cukai, penyelenggaraan dan kecemasan.
Beli rumah bukan sekadar lulus loan. Ia adalah komitmen jangka panjang.
Sebelum booking rumah, semak dahulu kelayakan pinjaman, jumlah tunai yang perlu disediakan dan anggaran KWSP yang boleh dikeluarkan. Perancangan awal akan menjadikan proses pembelian rumah lebih tenang dan teratur.
Untuk semakan awal rumah di Kuantan, Pekan dan sekitar Pahang, boleh hubungi saya untuk bincang pilihan rumah yang sesuai dengan bajet dan kelayakan anda.
Semak Maklumat Rasmi KWSP
Syarat dan dokumen boleh berubah dari semasa ke semasa. Untuk maklumat paling tepat, rujuk panduan rasmi KWSP bagi Pengeluaran Membeli Rumah melalui pautan di bawah.
Dah tahu KWSP boleh bantu untuk beli rumah, tetapi masih blur proses selepas booking? Baca dulu panduan ini: Dah Berkenan Dekat Rumah? Ini 5 Langkah Sampai Dapat Kunci! https://www.sahartanah.com/dah-berkenan-dekat-rumah-ini-5-langkah-sampai-dapat-kunci/
Leave Your Comment