

Oleh Saharizan Saadon (REN 30637)
Bayangkan anda akhirnya menemui rumah yang benar-benar menepati citarasa dan bajet. Perasaan teruja memang sukar digambarkan.
Namun selepas membayar booking, ramai pembeli rumah pertama mula tertanya-tanya:
“Lepas ni proses dia macam mana?”
Sebenarnya, membeli rumah bukan sekadar bayar booking dan terus dapat kunci. Ada beberapa proses penting yang perlu dilalui sebelum rumah itu sah menjadi milik anda.
Berikut ialah 5 langkah utama yang lazim dilalui dalam pembelian rumah subsale di Malaysia.
Apabila anda bersetuju membeli rumah, biasanya anda akan membayar booking kepada pihak yang berkenaan mengikut prosedur agensi hartanah.
Pada masa yang sama, proses semakan kelayakan pinjaman akan dimulakan.
Bank akan menilai beberapa perkara seperti:
💡 Tip SaharTanah
Pastikan booking dibuat melalui saluran yang betul dan dapatkan resit rasmi sebagai bukti pembayaran.
Jika pinjaman diluluskan, bank akan mengeluarkan Surat Tawaran (Letter of Offer).
Dokumen ini mengandungi maklumat penting seperti:
Baca dan fahami syarat-syaratnya sebelum menandatangani.
Selepas pinjaman diluluskan, peguam akan menyediakan Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement – SPA) serta dokumen berkaitan pinjaman.
Inilah dokumen utama yang mengikat pembeli dan penjual dari sudut undang-undang.
Pastikan anda membaca setiap terma sebelum menandatangani.
Selepas SPA ditandatangani, beberapa proses akan dijalankan oleh peguam dan pihak bank.
Antaranya:
Proses ini mengambil sedikit masa kerana melibatkan beberapa agensi dan pihak berkaitan.
Apabila semua urusan selesai dan bayaran kepada penjual telah dibuat sepenuhnya, rumah akan diserahkan kepada pembeli.
Sebelum menerima kunci:
✅ Periksa keadaan rumah.
✅ Pastikan semua aksesori yang dijanjikan masih ada.
✅ Semak bacaan meter elektrik dan air.
✅ Tukar nama utiliti jika perlu.
Tahniah! Kini anda telah bergelar pemilik rumah.
Secara umum, proses pembelian rumah subsale mengambil masa sekitar 3 hingga 6 bulan.
Walau bagaimanapun, tempoh ini boleh berubah bergantung kepada beberapa faktor seperti:
Ramai pembeli menyangka mereka akan menerima kunci sebaik sahaja menandatangani SPA.
Sebenarnya, kunci hanya akan diserahkan selepas syarat-syarat dalam transaksi dipenuhi dan proses pembayaran selesai mengikut perjanjian.
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pembeli ialah:
Kebiasaannya sekitar 7 hingga 14 hari bekerja bergantung kepada bank dan dokumen yang diberikan.
Selepas pinjaman diluluskan dan peguam menyediakan dokumen yang berkaitan.
Tidak. Keperluan Consent bergantung kepada syarat dan sekatan kepentingan pada hak milik. Semakan geran adalah sangat penting.
Selepas semua syarat transaksi dipenuhi dan bayaran kepada penjual diselesaikan mengikut perjanjian.
Perunding Hartanah Berdaftar (REN), pihak bank dan peguam akan membantu mengikut peranan masing-masing.
Membeli rumah adalah satu keputusan besar.
Jika anda masih keliru tentang proses pembelian, kelayakan pinjaman atau status hak milik sesuatu hartanah, saya sedia membantu anda dari peringkat awal sehingga urusan pembelian selesai.
Saharizan Saadon
REN 30637
Homefield Real Estate
📲 Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi atau menetapkan sesi viewing.
1 Comments
[…] Dah tahu KWSP boleh bantu untuk beli rumah, tetapi masih blur proses selepas booking? Baca dulu panduan ini: Dah Berkenan Dekat Rumah? Ini 5 Langkah Sampai Dapat Kunci! https://www.sahartanah.com/dah-berkenan-dekat-rumah-ini-5-langkah-sampai-dapat-kunci/ […]
Leave Your Comment