Call us:

60129549454

Blog Details

Jual Rumah RM300k, Tapi Dapat RM250k Je? Ini 4 Kos “Tersembunyi” Yang Owner Selalu Terlepas Pandang!

Raya-raya ni kalau dapat duit jualan rumah memang syok. Tapi sebelum abang/kakak berangan nak beli kereta baru guna duit tu, kena tahu dulu yang harga jualan tu bukannya “untung bersih”. Ada beberapa kos yang akan “makan” sikit duit jualan tu.

Jom SaharTanah kongsikan apa kos yang terlibat:

1. Komisyen Ejen Hartanah (Agent Fee)

Fi ejen bagi urusan jual beli tanah atau bangunan tertakluk kepada persetujuan dalam perjanjian pelantikan. Kadar maksimum yang dibenarkan ialah sehingga 3% daripada harga jualan, tidak termasuk cukai yang berkaitan.

Contoh: Jika rumah dijual pada harga RM300,000 dan komisyen dipersetujui pada kadar 3%, anggaran komisyen ialah RM9,000.

Kadar maksimum 3% untuk jual beli tanah dan bangunan memang dinyatakan dalam peraturan LPPEH.

2. Kos Guaman (Legal Fee & Disbursement)

Jika rumah masih mempunyai pinjaman bank, owner mungkin perlu menanggung kos guaman dan disbursement untuk urusan pelepasan gadaian bank.

Bagi rumah yang sudah ada geran individu atau strata, proses ini biasanya melibatkan Discharge of Charge. Jika hartanah masih di bawah master title, prosesnya boleh melibatkan Deed of Receipt and Reassignment.

Jumlah kos bergantung kepada dokumen hartanah, baki pinjaman, carian rasmi, pendaftaran dan caj firma guaman. Sebaiknya minta quotation awal daripada peguam sebelum menetapkan harga jualan.

Majlis Peguam menerangkan bahawa kos guaman dan disbursement bergantung pada skala fi serta perbelanjaan sebenar seperti carian, pendaftaran dan dokumen. Mereka juga membezakan proses Discharge of Charge dan Reassignment mengikut status title rumah.

3. Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT)

CKHT bukan dikenakan atas harga jual rumah semata-mata, tetapi atas keuntungan bercukai daripada pelupusan hartanah.

Bagi individu warganegara Malaysia atau pemastautin tetap, kadar RPGT semasa adalah:

• Dalam tempoh 3 tahun pertama: 30%
• Tahun ke-4: 20%
• Tahun ke-5: 15%
• Tahun ke-6 dan seterusnya: 0%

Terdapat juga pengecualian sekali seumur hidup untuk pelupusan rumah kediaman persendirian, tertakluk kepada syarat dan pilihan rasmi melalui Borang CKHT 3. Pilihan ini tidak boleh ditarik balik, jadi owner perlu berbincang dahulu dengan peguam atau ejen cukai sebelum membuat keputusan.

Untuk individu Malaysia atau PR, RPGT kini tidak dikenakan selepas tempoh lima tahun; pengecualian rumah kediaman persendirian pula hanya sekali seumur hidup dan tertakluk kepada syarat serta pemilihan melalui CKHT 3

4. Kos “Touch-up” & Baiki Rumah

Sebelum pembeli nak sign, dorang mesti nak rumah nampak cantik.

  • Sinki bocor, lampu terbakar, atau cat yang dah kusam tu kena la labur sikit duit. Baru la pembeli tak mintak kurang harga banyak sangat!

Kesimpulan: Berapa Sebenarnya Duit Bersih Yang Abang Dapat?

Contoh ini hanyalah anggaran dan tidak mengambil kira CKHT, kos baik pulih, tunggakan cukai tanah, cukai pintu atau caj lain yang mungkin terlibat.

Harga Jual Rumah: RM300,000
(-) Baki Pinjaman Bank: RM200,000
(-) Komisyen Ejen: RM9,000
(-) Anggaran Kos Guaman & Disbursement: RM4,000

ANGGARAN BAKI BERSIH: RM87,000

Selain kos, pastikan abang dah ready 5 Dokumen Maut ni dulu.

Komisyen Ejen Hartanah
Kadar komisyen ejen adalah tertakluk kepada persetujuan pelantikan, dengan kadar maksimum sehingga 3% daripada harga jualan. Rujukan LPPEH: https://lpeph.gov.my/fees

Kos Guaman
Owner pun kena ada peguam sendiri untuk urusan pelepasan pinjaman bank lama dan pindah milik.
Rujukan Malaysian Bar: https://www.malaysianbar.org.my/cms/upload_files/document/FAQ%20for%20Conveyancing%20Transactions.pdf

Blog

This section provides an overview of the blog, showcasing a variety of articles, insights, and resources to inform and inspire readers.

Leave Your Comment

Compare Properties
Add properties to compare.