Call us:

60129549454

Blog Details

Nak Jual Rumah Kat Kuantan? Pastikan 5 Dokumen “Maut” Ni Dah Ready!

Ramai pemilik rumah kat area Kuantan atau Pekan ni ingat proses jual rumah cuma perlu ada pembeli dan tandatangan borang je. Tapi hakikatnya, kalau dokumen “maut” ni tak lengkap, proses boleh sangkut sampai setahun, atau lebih haru lagi—bank reject pinjaman pembeli!

Ini 5 dokumen yang abang/kakak kena cari dan simpan dalam satu fail sekarang:

1. Geran Asal (Original Title)

Ini “nyawa” rumah abang. Pastikan geran ada kat tangan.

  • Hutang Bank: Kalau masih ada hutang, pastikan tahu bank mana yang pegang (RHB, Maybank, CIMB dll).
  • Geran Hilang: Kalau hilang, kena buat laporan polis dan mohon geran baru kat Pejabat Tanah dulu. Jangan tunggu saat akhir!

2. Perjanjian Jual Beli (S&P / SPA)

Ini adalah “surat beranak” transaksi rumah abang. Ia penting untuk peguam semak:

  • Harga beli asal (untuk kira cukai RPGT).
  • Syarat-syarat khas masa abang beli dulu.
  • Maklumat peguam atau bank lama.

3. Permit & Pelan Kelulusan Ubahsuai (Renovation Permit)

Ini poin paling ramai pemilik rumah “terciduk”. Kalau abang dah cantikkan dapur atau tambah bilik:

  • Pinjaman Bank/LPPSA: Penilai (Valuer) akan datang. Kalau rumah tak ikut pelan asal dan tak ada permit MBK atau MPP, bank boleh REJECT loan pembeli!
  • Harga Rumah: Rumah yang ada kelulusan rasmi biasanya lebih senang dijual pada harga tinggi sebab pembeli rasa selamat (peace of mind)
Ini contoh Borang Permohonan Kebenaran Membina yang saya maksudkan. Ramai pemilik rumah kat area Kuantan terlepas pandang bab ni. Kelulusan MBK ni penting bukan setakat elak denda, tapi untuk mudahkan urusan penilaian (valuation) masa nak jual rumah nanti.

4. Salinan IC Semua Pemilik

Kalau dalam geran ada dua atau tiga nama (contoh: suami isteri atau adik-beradik), semua kena bagi kerjasama. Jangan sorang nak jual, sorang lagi merajuk. Pening lawyer nak urus kalau tak sehaluan!

5. Bil Cukai Pintu & Cukai Tanah Terkini

Pastikan semua dah bayar habis. Kalau ada tunggakan beribu ringgit, duit jualan nanti terpaksa guna untuk bayar hutang ni dulu. Lebih baik settlekan awal supaya proses pindah milik laju.


Nasihat “Pakar” SaharTanah:

Dah ada semua 5 benda ni? Barulah senang saya nak bantu cari pembeli dan urus dengan lawyer. Proses jadi lancar, hati pun tenang.

Jangan jadi macam kes Puan Rose yang urusan pusakanya tergantung sebab dokumen tak lengkap.

https://www.sahartanah.com/kisah-puan-rose-bila-rumah-pusaka-jadi-hutan-sebab-urusan-faraid-tergantung/: Nak Jual Rumah Kat Kuantan? Pastikan 5 Dokumen “Maut” Ni Dah Ready!

Blog

This section provides an overview of the blog, showcasing a variety of articles, insights, and resources to inform and inspire readers.

1 Comments

[…] kos, pastikan abang dah ready 5 Dokumen Maut ni […]

Leave Your Comment

Compare Properties
Add properties to compare.