Call us:

60129549454

Blog Details

KENAPA WAJIB PASANG PEGUAM BILA BELI RUMAH? JANGAN SEBAB NAK JIMAT, RUMAH MELEPAS!

Bila sebut pasal peguam (lawyer), ramai pembeli rumah pertama mula rasa pening. “Eh, kena bayar lagi ke? Tak boleh ke urus sendiri dengan owner?”

Bang, beli rumah ni bukan macam beli karipap kat tepi jalan. Ini melibatkan ratusan ribu ringgit dan dokumen undang-undang yang tebal. Kalau tersalah langkah, deposit abang boleh hangus atau rumah sangkut tak boleh tukar nama.

Ini 4 Sebab Utama kenapa abang wajib ada peguam dalam urusan jual beli hartanah:

1. Memastikan Hartanah Itu “Bersih” (Land Search)

Peguam akan buat kerja “detektif”. Mereka akan semak kat Pejabat Tanah sama ada rumah tu:

  • Betul ke milik penjual tersebut?
  • Ada Kaveat (halangan) tak dari pihak ketiga?
  • Ada sekatan kepentingan yang buatkan proses jadi lama? Kalau abang urus sendiri, abang mungkin terlepas pandang benda ni sampai lah hari nak tukar nama, tiba-tiba tak boleh. Masa tu duit deposit dah bagi kat owner. Haru bang!

2. Menjadi Pemegang Amanah Duit Abang (Stakeholder)

Ini paling penting. Duit baki deposit atau bayaran dari bank takkan terus masuk ke akaun penjual. Peguam akan pegang duit tu sebagai Stakeholder. Duit hanya akan dilepaskan kepada penjual bila semua syarat dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) dah dipenuhi. Ini langkah keselamatan supaya penjual tak “lari” selagi urusan belum selesai.

3. Menyediakan Perjanjian Jual Beli (SPA) yang Adil

Peguam akan draf dokumen SPA yang melindungi hak pembeli dan penjual.

  • Apa jadi kalau owner lambat serah kunci?
  • Apa jadi kalau pembeli lambat dapat loan? Semua “penalti” dan syarat-syarat ni ada dalam SPA. Peguam pastikan abang tak kena buli dalam kontrak tu.

4. Urusan Dengan Bank & Pejabat Tanah

Urusan birokrasi ni sangat leceh. Nak kena beratur kat Pejabat Tanah, nak kena “stamping” dokumen kat LHDN, nak kena hantar dokumen kat bank. Biar peguam dan staf mereka yang buatkan. Abang cuma perlu sediakan dokumen yang diminta dan turun tandatangan sahaja.


KESIMPULANNYA

Kos peguam mungkin nampak mahal (biasanya dalam 3% – 5% dari harga rumah termasuk duti setem), tapi ia adalah insurans untuk pelaburan ratusan ribu ringgit abang.

Nak beli rumah tapi tak tahu peguam mana yang bagus? Jangan risau, saya boleh uruskan peguam yang cekap dan berpengalaman untuk abang. Abang tinggal sediakan dokumen je!

Hubungi saya sekarang untuk semakan kelayakan PERCUMA: Saharizan Saadon (REN 30637) 📞 KLIK LINK DISINI:👉 https://infopeguam.wasap.my

3 Comments

[…] KENAPA WAJIB PASANG PEGUAM BILA BELI RUMAH? JANGAN SEBAB NAK JIMAT, RUMAH MELEPAS!February 17, 2026 […]

Leave Your Comment

Compare Properties
Add properties to compare.